Kursus Asas Pengendali Makanan


Smart Food Training adalah Sekolah Latihan Pengendali Makanan (SLPM) yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
SLPM ini bertujuan untuk mengetengahkan cara pengendalian makanan dengan betul kepada pengusaha café, restoran, hotel, kilang makanan/minuman, gerai penjaja dll untuk membantu pengusaha meningkatkan mutu kebersihan makanan yang disediakan, mempelajari cara pencegahan pencemaran makanan dan keracunan makanan dan mengetahui akta perundangan makanan yang berkaitan. Selain itu juga, kursus ini juga bertujuan untuk memudahkan pengusaha penyedia makanan untuk memdapat sijil yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Kursus ini perlu disertai oleh semua yang terlibat dalam pengusahaan makanan tidak kira pengusaha ataupun pekerja. Ini adalah kerana untuk mengelak tindakan undang-undang dari pihak KKM di mana mereka akan dikenakan denda dan juga penjara mengikut kesalahan masing-masing. Kursus ini akan diadakan mengikut jadual yang telah ditetapkan atau melalui temu janji sehinggalah semua yang terlibat dalam pemgendalian makanan telah mengikuti kursus ini.
powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme - Taksim hotels