Akta Makanan 1983



Bahagian IV

Pengendali Makanan

Bab 1- Latihan, Pemeriksaan Perubatan dan Keadaan Kesihatan, Pakaian dan Kebersihan Diri Pengendali Makanan

Latihan Pengendali Makanan

30. (1) Pengendali makanan hendaklah menjalani latihan pengendali makanan di, dan mendapat sijil latihan pengendali makanan daripada institusi yang ditentukan oleh pengarah.

(2) Menteri boleh, jika difikirkan perlu mengkehendaki mana-mana pengendali makanan untuk menghadiri mana-mana latihan pengendali makanan tambahan dimana-mana institusi yang ditentukan oleh pengarah.

(3) Mana-mana pengendali makanan yang bekerja di mana-mana premis makanan yang tidak menjalani latihan atau memiliki sijil yang disebut dalam subperaturan (1) atau yang tidak menghadiri mana-mana latihan yang di sebut dalam subperaturan (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan di denda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun.


Makanan selamat,tanggungjawab siapa ?

· Pengeluar/Penjual
ke Kerajaan
·p Pengguna

KENAPA PERATURAN DI PERLUKAN ?
1. Untuk menentukan keselamatan dan kualiti makanan
2. Untuk menentukan amalan perladangan yang adil
3. Untuk mengekalkan pelonggokan makanan yang kurang berkualiti
4. Untuk menentukan penggunaan sains dan teknologi yang sesuai
PENGUATKUASAAN AKTA MAKANAN 1983/PERATURAN MAKANAN 1985
§ Akta Makanan 1983
Diwartakan pada 10 Mac 1983

§ Peraturan-Peraturan Makanan 1985
Diwartakan pada 26 september 1985

Dikuatkuasakan bersama pada 1 Oktober 1985

AKTA MAKANAN 1983
Satu Akta untuk menentukan rakyat dilindungi dari bahaya kesihatan dan penipuan dalam penyediaan,penjualan dan penggunaan makanan dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya.


AKTA MAKANAN 1983
§ Bahagian I-Permulaan
Tajuk,pemakaian,tarikh mula berkuatkuasa dan tafsiran

§ Bahagian II –Pentadbiran dan Penguatkuasaan

§ Bahagian III- Kesalahan dan Keterangan

§ Bahagian IV – Pengimportan,Waranti dan pembelaan

§ Bahagian V-Peruntukan pelbagai

PERATURAN-PERATURAN MAKANAN 1985
Bahagian I : Permulaan

Bahagian II : Waranti
Bahagian III :Prosedur Untuk Mengambil Sampel
Bahagian IV :Pelebelan
Bahagian V :Aditif Makanan dan Tambahan Zat Makanan
Bahagian VI :Bungkusan Untuk Makanan
Bahagian VII :Juzuk Kebetulan
Bahagian VIII :Standard Dan Kehendak Pelebelan Tertentu Untuk Makanan
Bahagian IX :Penggunaan Air,Ais, Dan Stim
Bahagian X : Pelbagai


BAHAGIAN IV PELEBELAN MAKANAN
Kehendak am
Tidak boleh menyediakan atau mengiklan untuk jualan makanan dalan sesuatu bungkusa yang :
1. Tidak mempunyai butir-butir yang dikehendaki pada label.
2. Label yang mengandungi perkara yang dilarang.
3. Butir-butir pada label tidak mengikut peraturan.
PELEBELAN MAKANAN
Bahasa
§ Bahasa Malaysia-bagi makanan yang disediakan,dikeluarkan,dibungkus atau dikilangkan di Malaysia.
§ Bahasa Malaysia atau Bahasa Enggeris-bagi makanan diimport.
(Boleh disertakan terjemah mana-mana bahasa)
Butir-butir dalam perlebelan :
§ Nama sebutan sebenar makanan/perihalan/deskripsi makanan (cth : Jus Mangga)
§ Perkataan ‘campuran’ atau’sebatian’ bagi makanan campuran atau sebatian dan perlu digabungkan
(cth:serbuk kunyit sebatian/campuran)
§ Pernyataan’mengandungi (daging lembu atau daging babi atau terbitannya)sekiranya mengandungi daging/terbitan tersebut.
§ Pernyataan ‘mengandungi alkohol’ jika mengandungi alkohol tambahan.
§ Senarai ramuan jika makanan terdiri dari dua atau lebih ramuan (selain air,aditif makanan dan tambahan zat makanan) dan hendaklah dengan kadar menurun mengikut berat.
§ Makanan yangmengandungi lemak/minyak-perlu dinyatakan nama biasa lemak/minyak binatang atau sayuran digunakan(cth : minyak jagung).
§ Pernyataan’mengandungi (jenis aditif makanan)yang dibenarkan’’
Cth: ‘mengandungi bahan pengawet yang dibenarkan’’
§ Pernyataan ‘cadangan penghidangan ‘pada gambar di lebel.
§ Pernyataan berat bersih atau isipadu atau bilangan minuman isi bungkusan.
§ Bagi makanan yang dipak dalam cecair-berat tos minuman makanan itu.


PELEBELAN MAKANAN

Bagi makanan dikilang dan dibungkus di Malaysia :
§ Nama dan alamat pengilang atau pembungkus,atau empunya hak untuk mengilang atau membungkus atau ejen mana-mana.

Bagi makanan yang di import :
§ Sama seperti yang dikilangkan di Malaysia,serta :
1. Nama dan alamat pengimport
2. Nama Negara asal produk


Bentuk dan cara pelebelan

§ Butir-butir pada label mesti jelas dan mudah kelihatan
§ Nama sebutan sebenar produk mestilah jelas dari segi ketinggian,keutamaan visual dan
keutamaan mudah kelihatan berbanding perkara lain.









powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme - Taksim hotels